MH370: MAS Mula Proses Bayaran Pampasan - Berita Semasa | mStar

MH370: MAS Mula Proses Bayaran Pampasan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan wakil mereka daripada Pusat Sokongan Keluarga menghubungi anggota keluarga penumpang yang menaiki Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas untuk memulakan proses pembayaran pampasan pendahuluan.

MAS dalam kenyataan berkata ia bertujuan untuk membantu anggota bagi memenuhi keperluan ekonomi mereka dan bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang kemudian nanti.

"Ia (pampasan pendahuluan) akan dikira sebagai sebahagian daripada keseluruhan pampasan," kata MAS.

Menurut kenyataan itu, perkara berhubung pampasan kekal sulit dan rahsia, sehubungan itu MAS mengulangi ia tidak akan membincangkan apa-apa maklumat yang berkaitan secara terbuka, kerana menghormati anggota keluarga yang sedang bersedih.

Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudiannya difahamkan ia telah melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Tiada apa yang dijumpai sejak pesawat Boeing 777-200ER itu hilang 57 hari yang lepas sehingga hari ini.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH370
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan