MH370: Laporan Awal Bukti PM Komited ,Terbuka dan Telus

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 diumumkan berasaskan kepada prinsip keterbukaan dan ketelusan.

Seiring dengan usaha pencarian yang dipertingkatkan, Najib berkata, beliau turut melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula maklumat yang diperoleh berkaitan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.

"Saya menetapkan, sebagai satu pegangan, peraturan bahawa selagi pendedahan maklumat itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian, atas nama keterbukaan dan ketelusan," katanya menerusi posting terkini Facebook beliau.

Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan semalam.

Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada 8 Mac, hari MH370 dilaporkan hilang.

Najib, ketika diwawancara oleh pakar penerbangan stesen penyiaran CNN, Richard Quest, berkata Malaysia bersedia mengeluarkan laporan awal MH370 minggu ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Antara penumpangnya adalah tiga warga Amerika.

Operasi pencarian pesawat Boeing 777-200ER melibatkan pelbagai negara di perairan Perth, Australia, melibatkan penggunaan kenderaan Dalam Air Autonomi Bluefin-21, dilengkapi sonar, daripada Tentera Laut Amerika.


Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Najib Tun Razak , MH370 , Boeing , kokpit

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan