MH370: MAS Peruntukan Pendahuluan US$50,000 Kepada Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 9:51 PM

Ahmad Jauhari Yahya

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntuksejumlah US$50,000  (RM163,325) kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan.

Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.

Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.

"Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya.

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.  

Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambilkira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. 

Tags / Kata Kunci: MH370 , Pampasan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan