MH370: Penglibatan Boeing Dalam Penyiasatan Sebagai Penasihat

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 11:18 PM

Azharuddin Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam(DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman hari ini berkata penglibatan pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing hanya sebagai penasihat dalam pasukan penyiasat antarabangsa mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Beliau berkata Boeing bukan anggota pasukan penyiasat, dan hanya sebagai penasihat kepada wakil-wakil bertauliah dari Amerika Syarikat dan wakil daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS kerana wakil-wakil dari negara itu memerlukan banyak input dan maklumat daripada pengeluar.

"Kerana itu Boeing, sama seperti Rolls-Royce yang mewakili pembuat enjinadalah sebahagian daripada wakil-wakil bertauliah pasukan penyiasat itu,"Azharuddin memberitahu para wartawan dalam sidang media mengenai pesawat MASyang hilang itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media mengapa Boeing berada dalam pasukan penyiasat itu, sementara MAS dan DCA bukan sebahagian daripadanya.

Pasukan penyiasat itu ditubuhkan selepas Kerajaan Malaysia pada 23 April mempertimbangkan dan meluluskan pelantikan satu pasukan penyiasat antarabangsa untuk menyiasat kehilangan pesawat itu dan Kementerian Pengangkutan telah ditugaskan untuk merangka bidang tugas bagi pasukan itu.

Mengulas jarak 17 minit antara perhubungan terakhir MH370 dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) dan panggilan dari Pusat KawalanTrafik Udara Ho Chi Minh (HCMATCC), Azharuddin berkata itu terpulang kepada pasukan penyiasat untuk menyiasat dan membuat keputusan kenapa HCMATCC mengambil masa 17 minit untuk membuat pertanyaan kepada KLATCC.

Berdasarkan laporan awal MH370 oleh Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan pada Khamis, perhubungan terakhir antara MH370 dan KLATCC dibuat pada 01:21:04 waktu Malaysia semasa ia melepasi waypoint IGARI.

Pada  01:21:13, label radar untuk MH370 hilang dari skrin radar KLATCC danpada 01:38, HCMATCC bertanya kepada KLATCC mengenai kedudukan MH370.

Ditanya sama ada rakaman audio yang dikeluarkan bersama laporan awal itutelah diedit, Azharuddin berkata kesemua rakaman audio itu adalah asli dan tiadaversi yang disunting.    

Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Macdan hilang daripada skrin radar semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan.  

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan