Pulau Nangka Jadi Tapak Warisan Unesco Jika Sah Ada Harta Karun - Idris

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 4:46 PM

Pulau Nangka dipercayai menjadi lokasi untuk menyembunyikan harta karun Kesultanan Melayu Melaka.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan mendapatkan pengiktirafan Pulau Nangka sebagai tapak warisan sejarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) jika artifak yang ditemui adalah sebahagian harta karun peninggalan era Kesultanan Melayu Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pulau tidak berpenghuni itu bakal dijadikan tapak kajian pakar sejarah dan arkeologi bagi mengumpul maklumat mengenai zaman kesultanan Melayu Melaka.

Bagaimanapun, katanya, penemuan dua artifak berbentuk syiling itu perlu dibuktikan mempunyai kaitan dengan harta karun dipercayai bernilai berbilion ringgit yang didakwa terdapat di pulau itu.

"Saya masih tidak yakin penuh apa yang dijumpa itu datang daripada kawasan itu (Pulau Nangka), mungkin sesuatu yang tercicir atau dicicirkan, ini kita kena siasat," katanya selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di Seri Bendahara di sini, Jumaat.

Kedua-dua artifak berbentuk bulat itu, yang diameternya kira-kira enam sentimeter dan berwarna kekuningan, masing-masing ditemui pada 11.15 malam dan 11.30 malam Rabu lalu.

Artifak pertama mempunyai lima baris tulisan dipercayai daripada kerajaan Majapahit manakala artifak kedua mempunyai lubang berbentuk segi empat di tengahnya dengan tulisan Jawi di sekelilingnya.

Kedua-dua artifak itu diserahkan kepada Jabatan Warisan Negara untuk proses ujian makmal bagi mendapatkan status artifak itu.

Kerja mencari harta karun itu dilakukan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang diberi kontrak empat bulan oleh kerajaan negeri Melaka, yang berakhir pada 12 tengah malam Rabu lalu. 


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan