Laporan Awal MH370: ICAO Diminta Kaji Faedah Keselamatan Bagi Pengesanan Masa Nyata

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 7:46 AM

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengeluarkan kenyataan tentang kehilangan pesawat MH370. Mengiringi kenyataan tersebut ialah peta menunjukkan laluan penerbangan MH370. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Malaysia mencadangkan supaya Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengkaji faedah keselamatan memperkenalkan piawaian bagi pengesanan masa nyata pesawat pengangkutan udara komersial.

Ini dicadangkan dalam laporan awal oleh Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan berdasarkan cadangan dikemukakan oleh kumpulan pakar dalaman yang ditubuhkan untuk mengkaji semua maklumat yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia tentang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pasukan itu, yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas, dianggotai wakil dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB), Biro Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), Pangkalan Data Insiden Kemalangan Penerbangan (AAIB), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan para pegawai Malaysia.

Menurut laporan itu yang dikeluarkan pada Khamis, cadangan itu dibuat kerana pada masa ini tiada keperluan bagi pengesanan masa nyata pesawat pengangkutan udara komersial yang menghabiskan sebahagian besar masa beroperasi di kawasan terpencil.

"Ada dua kali dalam tempoh lima tahun lepas apabila pesawat pengangkutan udara komersil yang besar hilang dan kedudukan terakhirnya tidak diketahui dengan tepat. Ini menyebabkan kesulitan untuk mengesan pesawat berkenaan secara tepat," menurut laporan itu.

Mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR), laporan itu menyatakan bahawa Pusat Penyelarasan Menyelamat Kuala Lumpur diaktifkan pada 05:30 pada 8 Mac selepas semua usaha untuk berkomunikasi dan mengesan pesawat gagal.

Menurut laporan, pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh bertanya kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) mengenai kedudukan MH370 pada 01:38.

KLATCC kemudian menggerakkan usaha membabitkan Pusat Operasi MAS, Markas Tempur Udara Singapura (ACC), ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untuk menentukan kedudukan MH370.

"Unit-unit ATC tidak dapat membuat apa-apa komunikasi dan oleh itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) digerakkan pada 05:30," menurut laporan itu. Operasi SAR yang disertai pelbagai negara dijalankan di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke Selat Melaka selepas radar tentera mengesan bahawa MH370 telah berpatah balik.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan