LKIM Sasar 60,000 Tan Metrik Ikan Air Tawar Setahun Menjelang 2020

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 12:38 PM

Tilapia merah antara ikan air tawar yang popular.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyasarkan pengeluaran 60,000 tan metrik ikan air tawar setahun bagi menyeimbangkan sumber protein rakyat negara ini menjelang 2020.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata, pendaratan ikan laut berbanding ikan air tawar memperlihat nisbah ketara iaitu 80:20 dan situasi itu membimbangkan kerana pergantungan kepada hasil laut sepenuhnya boleh menyebabkan kepupusan pada jangka masa panjang.

"Pengurusan ikan air tawar sebenarnya lebih senang daripada ikan laut kerana kita boleh rancang skala pengeluaran serta strategi pemasarannya.

"Justeru LKIM mengambil pendekatan serampang dua mata iaitu selain membina infrastruktur bagi menggalakkan penyertaan pengusaha, kami juga sedang giat mempromosi ikan air tawar untuk meningkatkan permintaannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Promosi Ikan Air Tawar di Batu Maung malam Khamis.

Mohad Khazin berkata, penghasilan ikan air tawar pada skala besar dapat mengawal harganya daripada melambung tinggi terutama ikan jenis popular seperti patin, tilapia, baung dan toman.

Beliau berkata, tahun lalu, keluaran ikan air tawar mencapai 20,000 tan metrik hasil keluaran purata membabitkan 20,000 pengusaha ternakan ikan air tawar dalam sangkar di seluruh negara.

Katanya, ikan air tawar seperti belut, keli dan haruan mempunyai kelebihan dari segi kesihatan, bagaimanapun rakyat Malaysia jarang menikmatinya kerana kurang pendedahan dengan masakan yang menggunakan ikan berkenaan.

Beliau berkata, berbanding rakyat di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan China, pengambilan ikan air tawar menjadi kebiasaan dalam diet harian mereka.

"Sejak tahun lalu, kerajaan mensyaratkan menu di asrama institusi latihan, sekolah, kem tentera, hospital serta organisasi milik kerajaan menyediakan satu menu hidangan ikan air tawar sekali dalam masa seminggu dan kami lihat ia sedikit sebanyak membantu promosi," katanya.

Beliau turut menggalakkan pengusaha makanan dan makanan laut tempatan memasukkan hidangan ikan tawar dalam menu masakan mereka sepanjang tahun dan bukan terhad semasa tempoh kempen sahaja.


Tags / Kata Kunci: LKIM , ikan air tawar , Batu Maung

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan