Abdul Khalid Enggan Pegang Jawatan MB Selangor Untuk Penggal Akan Datang

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 3:23 PM

Abdul Khalid Ibrahim

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak mahu lagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor untuk penggal akan datang.

Bagaimanapun, beliau menafikan keputusannya itu dibuat atas desakan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

"Ia adalah keputusan saya, saya telah membuat keputusan lebih awal, kita perlu beri peluang kepada golongan muda untuk tonjol kepemimpinan mereka sama ada parti politik atau negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Padang Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini, Khamis.

Pada Rabu, Abdul Khalid dalam laman Twitternya berkata: "Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua).

Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat," kata beliau dalam akaun Twitternya itu.

Sementara itu, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata himpunan bertemakan "Pekerja Bersatu Rakyat Maju" dihadiri kira- kira 2,000 orang untuk menyambut Hari Pekerja. 

Himpunan itu bermula seawal pukul 7 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

Tags / Kata Kunci: Abdul Khalid Ibrahim , MB Selangor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan