Azmin Ungguli Undian Kerusi Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendahului saingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila memperoleh sebanyak 5,111 undi  setakat ini.

Penyandang jawatan itu meninggalkan dua lagi pencabarnya iaitu Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendapat 2,322 undi sementara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memperoleh 2,228 undi.

Bagaimanapun keputusan itu hanya membabitkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Johor dan Melaka yang mengundi sehingga 27 April lalu.

Sementara itu bagi persaingan jawatan naib presiden, Nurul Izzah Anwar, Mohd Rafizi Ramli dan Tian Chua mengungguli tiga kedudukan teratas.

Nurul Izzah mendapat 5,610 undi manakala Mohd Rafizi dan Tian Chua masing-masing memperoleh 5,018 undi dan 4,833 undi.

Ketiga-tiga mereka merupakan regu daripada kem Saifuddin.

Bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), regu daripada kem Mohamed Azmin iaitu Amiruddin Shari mendahului senarai tiga calon apabila memperoleh 777 undi.

Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Batu Caves meninggalkan dua lagi pencabarnya iatu Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendapat 739 undi serta seorang lagi calon, Mohd Nazree Yunus yang memperoleh 720 undi.

Persaingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Wanita pula menyaksikan penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendahului pencabarnya yang juga Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Zuraida mendapat 1,789 undi manakala Rodziah memperoleh 1,106 undi.

Baki proses pengundian yang menggunakan sistem satu ahli satu undi itu akan diteruskan selama empat hari lagi iatu pada 3 dan 4 Mei ini serta 10 dan 11 Mei depan.

Tags / Kata Kunci: PKR , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan