Demo GST: Jurufoto Dakwa Dipukul Peserta

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 7:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan segelintir sekumpulan peserta perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka pada Khamis.

Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz berkata, dalam kejadian yang berlaku selepas perhimpunan bersurai, sekumpulan pemuda bertopeng berpakaian serba hitam cuba memprovokasi sekumpulan jurufoto yang membuat liputan dengan kata-kata kesat dan isyarat lucah.

Katanya, jurufoto Malaysia Focus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu dalam kejadian tersebut.

"MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seliaan permit pihak berkuasa. Seharusnya tiada kekecohan tercetus.

"Kami kesal dengan segelintir kumpulan pemuda yang masih bertindak liar dengan menyerang jurufoto media bertugas," katanya.

Sehubungan itu menurut Mohammad Naim, pihaknya bercadang akan membuat satu laporan polis berhubung kejadian tersebut dan akan berbincang dengan pihak guaman kerana menurutnya MPPA mempunyai bukti bergambar ketika insiden itu berlaku.
Tags / Kata Kunci: Bantah GST , MPPA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan