Cari Alternatif Supaya Catuan Air Tidak Berulang

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 10:28 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor diminta mencari penyelesaian alternatif bagi memastikan catuan air tidak lagi berulang.

Orang ramai termasuk para peniaga berpendapat kepimpinan Pakatan Rakyat yang diberi mandat memerintah negeri Selangor, perlu bertindak lebih agresif mencari penyelesaian itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (PRESMA) Noorul Hassan Saul Hameed berkata catuan air yang dijalankan sebelum ini merupakan 'tempoh perit' yang dialami para peniaga.

"Mulai hari ini (Khamis), kerajaan negeri dan pihak terbabit kita minta untuk berusaha memikirkan tindakan proaktif dalam menghadapi krisis air dan seharusnya usaha ini mesti berterusan.

"Jangan kerana bila catuan air dah ditamatkan, mereka (pihak yang terlibat) hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha mencari penyelesaian sewajarnya," katanya.

Katanya lagi adalah tidak masuk akal apabila catuan air dilaksanakan memandangkan negara ini beriklim Khatulistiwa, menerima hujan yang mencukupi serta memiliki sumber air bawah tanah.

Catuan bekalan air di Selangor dan kawasan sekitarnya bermula apabila Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan operasi selepas paras ammonia di dalam Sungai Langat meningkat, Mac lepas.

Catuan air berterusan apabila paras air di beberapa empangan di Selangor terutamanya Empangan Sungai Selangor menurun sehingga menghampiri paras kritikal berikutan musim kemarau.

Pada Rabu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur akan pulih seperti sediakala hari ini apabila catuan ditamatkan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Kasim berkata catuan bekalan selama lebih dua bulan itu berakhir semalam dan pengguna boleh menikmati bekalan seperti biasa mulai Khamis.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan tindakan catuan air ke atas pengguna akan berulang, walaupun catuan dihentikan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Ahmad Selamat turut menarik nafas lega berikutan pengumuman penamatan catuan air itu.

"Selesaikan masalah rakyat dan jangan politikkan isu ini, ini kerana kita harus ingat, krisis air ini secara tidak langsung menjejaskan ekonomi dan pendapatan peniaga," katanya lagi.

Terdahulu beliau berkata lebih 5,000 peniaga kecil dan penjaja terjejas ekoran krisis bekalan air tersebut. 


Tags / Kata Kunci: Air , Selangor , Menteri besar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan