Kanak-Kanak Antara Peserta Perhimpunan 'Tolak GST'

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dikesan antara peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) di sini dan tindakan itu bertentangan dengan syarat yang dipersetujui bersama polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dalam sidang medianya pada Rabu telah menjelaskan bahawa tindakan itu melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Selain itu, tinjauan mStar mendapati peserta perhimpunan turut melanggar arahan untuk tidak membawa sistem pembesar suara apabila terdapat di antara mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk melaungkan slogan membantah CBP menerusi pembesar suara.

Peserta yang berkumpul di lokasi yang dikenalpasti telah berarak ke Dataran Merdeka sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Antara pempimpin politik yang dilihat berada di Dataran Merdeka untuk melaungkan slogan tolak GST ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail; Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Zulkifli Mamat.

Kesesakan di ibu negara akibat perhimpunan itu turut menyekat orang awam yang ingin membeli belah bersama keluarga sempena cuti Hari Pekerja.

Kebanyakkan orang awam yang dilihat bersama keluarga masing-masing terpaksa mengubah haluan untuk membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman gara-gara kesesakan lalu lintas ke tempat lain.



Tags / Kata Kunci: GST , PKR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan