Masing Kesal Pelajar Bukan Islam Ditanya Soalan Agama Dalam Temuduga Biasiswa

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 6:56 PM

James Masing

James Masing.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Masing meluahkan kebimbangannya mengenai bagaimana seorang pelajar bukan Islam ditanya soalan berkaitan agama Islam semasa temuduga untuk biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Nigel Unchat Jeremaiah, yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas, menyertai satu sesi soal jawab berkumpulan di mana calon-calon ditanya soalan-soalan antaranya mengenai rukun solat, nama-nama nabi. 

Pelajar itu membuat permohonan biasiswa untuk melanjurkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal di kolej Mara.

Masing berkata, beliau kesal mengenai soalan-soalan itu, dengan mengatakan bahawa adalah tidak sepatutnya bertanyakan soalan berkaitan dengan agama Islam kepada yang bukan Islam.

"Nigel memohon biasiswa untuk menjadi jurutera mekanikal, bukannya seorang ustaz. Apakah relevan soalan-soalan ini diajukan untuk memohon biasiswa pengajian tinggi?

"Pegawai-pegawai Mara perlu tahu terdapat banyak etnik di Sarawak dan mereka beragama Islam adalah golongan minoriti di sini. Apakah jadi dengan calon yang tidak dapat menjawab soalan-soalan itu? Adakah ia akan menyebabkan dia tidak layak," katanya sambil menambah bahawa beliau tidak mahu insiden itu berlaku lagi di Sarawak.

Tags / Kata Kunci: James Masing , Parti Rakyat Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan