Catuan Air: Rakyat Luah Kemarahan Di Ruang Siber

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 11:12 AM

Pekerja di Lady Lily Laundry & Dry-Cleaning di Aman Suria, Petaling Jaya, terpaksa menangguhkan perkhidmatan cucian cadar tilam dan alas meja kerana masalah gangguan bekalan air.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berhenti bercakap dan kembalikan bekalan air kepada kami! Itu antara keluhan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur yang marah dengan pelaksanaan catuan air sejak dua bulan lalu di negeri itu.

Beberapa minggu lalu, ruang siber dipenuhi dengan aduan dan kata-kata kemarahan mengenai masalah bekalan air.

Napsiah Wan Salleh dalam entrinya di laman sosial Facebook berkata, dia hanya mahu pihak berkuasa bertindak segera supaya catuan air boleh dihentikan untuk kebaikan bersama.

Jocelyn Lee bertanya: “Adakah anda melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini? Atau hanya menunggu setiap hujung bulan dengan berkata: Tiada hujan turun dekat kawasan empangan, tiada perubahan di empangan, kami akan meneruskan catuan air. Tidak masuk akal!'.

Gathrin Govindarajoo berkata, pelaksanaan catuan air turut menyebabkan kesihatan terjejas.

"Tidak boleh tahan lagi. Anak-anak terkena jangkitan kaki, tangan dan mulut manakala orang dewasa mengalami iritasi.

Sama seperti pengguna lain, Sher Cullen menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghentikan catuan air.

"Kami mahu air yang bersih di rumah kami!."

Shashi Netto berkata kerajaan Selangor perlu melakukan perkara sepatutnya dengan menghentikan salah urus tadbir dan membiarkan situasi kembali normal.

Lee Mei Lin yang menyifatkan catuan air sebagai 'kegilaan semata-mata', bertanya: "Boleh kami tau apa sebenarnya masalah yang berlaku?".

Pengguna Internet yang marah turut tidak berpuas hati dengan laporan berlaku sedikit peningkatan paras air di empangan.

"Jika catuan air berterusan, apa motif memberitahu kami berita tersebut? Ia ibarat meletakkan paha ayam di hadapan mangsa kebuluran dan memberitahunya supaya tidak memakannya," kata Ivy Lam.

Tags / Kata Kunci: catuan air , ruang siber

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan