Obama, Najib Serasi - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau melihat adanya keserasian antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang lawatan rasmi tiga hari Obama ke negara ini minggu lalu.

Khairy yang merupakan Menteri Pengiring kepada Obama dalam lawatan itu berkata, kedua-dua pemimpin itu juga dilihat begitu selesa dalam perbincangan dua hala mereka.

"Saya, sebagai Menteri Pengiring kepada Presiden AS, hadir dalam mesyuarat dua hala. Mereka juga ada perbincangan empat mata di mana selepas perbincangan itu, saya melihat keserasian di antara kedua-dua pemimpin itu cukup tinggi," katanya ketika ditanya pengalamannya itu di sini, Selasa.

Khairy berkata, beliau juga sempat menyampaikan pendapatnya mengenai belia dan Islam sebelum Obama berlepas ke Filipina dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia pada Isnin.

Khairy berkata, antara perkara dibangkitkannya ialah supaya inisiatif belia berterusan, selain mengucapkan terima kasih kepada Obama kerana  meluangkan masa dengan orang muda di sini termasuk di Universiti Malaya.

Ahad lalu, Obama mengadakan sesi perjumpaan terbuka dengan kira-kira 400 pemimpin muda Asia Tenggara di universiti berkenaan di mana beliau antara lain menekankan pentingnya mendengar suara golongan muda, selain menggalakkan jalinan kerjasama antara pemimpin muda Asia Tenggara dengan golongan muda AS.

Khairy berkata beliau turut memberitahu Obama bahawa dunia Islam harus mengubah persepsi masyarakat Barat daripada hanya isu keselamatan kepada isu berkenaan dengan pendidikan, ekonomi dan pembangunan.

"Saya memberitahu beliau bahawa ucapannya di UM yang menyentuh soal perubahan persepsi Barat kepada dunia Islam daripada hanya isu keselamatan kepada isu pembangunan, ekonomi dan pendidikan adalah tepat sekali dan berharap beliau akan terus membawa mesej itu.

"Obama berkata akan membawa (mesej ini) kerana melihat pentingnya untuk kita bangunkan generasi muda terutama di dunia Islam dari sudut pembangunan, pendidikan dan juga modal insan. Jadi, saya melihat pendekatan beliau adalah tepat dari sudut belia," katanya.

Menurutnya Obama yang dibesarkan di Indonesia turut memahami cabaran yang dihadapi negara di rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Khairy berkongsi senario menarik apabila Obama menyuruh pegawainya mencuba durian.

"Semasa di Seri Perdana, Perdana Menteri hidangkan durian kepada Presiden Obama. Beliau kata pernah makan durian sewaktu muda di Indonesia dan beliau 'tidak mahu lagi' (memakannya) lalu beliau memaksa semua pegawainya makan durian," katanya.

Pada majlis itu, katanya Obama turut memilih hidangan nasi goreng dengan ikan patin dan ayam kampung berbanding stik.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan