MCA Sedia Hadapi PRK Bukit Gelugor - Wee Ka Siong

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: MCA bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, tetapi masih menunggu keputusan muktamad pucuk pimpinan sama ada bertanding atau tidak.

Timbalan Presidennya, Datuk Wee Ka Siong berkata, MCA telah mengadakan perbincangan dan menganalisis berhubung baik serta buruk berhubung pendirian parti itu, sama ada untuk bertanding atau tidak dalam PRK itu.

"Kita melihat pelbagai aspek, selepas satu jam setengah perbincangan segala rumusan ada pada Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Ini akan dibincangkan antara beliau (Tiong Lai) dan Pengerusi BN (Barisan Nasional) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kita bertanding atas tiket BN.

"Selagi keputusan belum dicapai kita menganggap persiapan ini perlu dibuat secara rapi mulai sekarang. Segala persiapan mungkin dalam beberapa hari ini, bila ada keputusan dibuat kita akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan dan kita meneruskan hala perjuangan kita selepas itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan sehari di kawasan Parlimen Bukit Gelugor, di sini, Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi PRK Bukit Gelugor selepas Anggota Parlimen kawasan itu Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei ini, manakala pengundian awal pada 21 Mei.

Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN, Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.

Ka Siong berkata, MCA menjalankan kajian terhadap lebih 400 pengundi di kawasan Parlimen itu minggu lalu bagi menilai sama ada terdapat perubahan dalam cara pemikiran pengundi di situ.

Katanya, kajian itu merangkumi isu nasional dan tempatan termasuk kos sara hidup, ekonomi, kadar jenayah, birokrasi kerajaan, rasuah, cukai barangan dan perkhidmatan serta kesesakan lalu lintas.

"Sebenarnya, kami mendapat maklum balas daripada responden mengenai calon yang perlu diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini dan ia meliputi kriteria atau isu yang luas dan perlu diberi perhatian," katanya.

Beliau berkata kajian itu akan dijalankan secara berterusan bagi mengetahui kefahaman masyarakat terhadap sesuatu isu.

Ka Siong berkata, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik untuk mengetuai parti itu di peringkat negeri, manakala beliau di peringkat nasional.

Mengulas penubuhan parti Penang Front Party (PFP) oleh 44 badan bukan kerajaan kaum Cina, Ka Siong berkata, MCA tidak mempunyai kaitan dengan penubuhan parti itu.

Beliau berkata, penubuhan parti itu juga tidak menggambarkan bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap parti sedia ada, sebaliknya masyarakat perlu menghormati hak mereka untuk menubuhkan parti.

"Itu hak mereka...hak di bawah perlembagaan. Mereka boleh menubuhkan sebuah parti dan anda boleh lihat berapa banyak undi yang boleh mereka dapat. Saya berpendapat kita perlu hormati tetapi ia tiada kaitan langsung dengan parti sedia ada. Mereka mahu bertanding, lebih ramai lagi meriah, mereka boleh menyertai kita dalam pilihan raya kecil," katanya.

PFP dalam proses menghantar permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membolehkan calonnya bertanding pada PRK Bukit Gelugor. Parti ini dikatakan mahu memperjuangkan masa depan rakyat Pulau Pinang secara adil.


Tags / Kata Kunci: PRK Bukit Gelugor , Datuk Wee Ka Siong , MCA , BN , SPR

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan