KLIA2 Selamat Untuk Operasi, Penuhi Piawaian Antarabangsa - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 8:20 PM

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selamat untuk beroperasi.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) adalah selamat untuk operasi dan memenuhi semua piawaian antarabangsa yang perlu, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini berdasarkan jaminan yang diberikan oleh badan pakar antarabangsa termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan laporan yang disediakan oleh perunding tempatan. 

"Kami tidak pernah berkompromi mengenai aspek keselamatan di KLIA2. Laporan menyatakan bukan sahaja selamat dalam semua aspek tetapi juga memenuhi piawaian antarabangsa.

"Kita lihat aspek keselamatan berhubung kait dengan perjalanan penumpang, dunia tanpa sempadan dan penting bagi agensi-agensi terlibat seperti Kastam, polis, bomba, Jabatan Kerja Raya dapat bekerjasama. Kerana ini menggambarkan keupayaan negara bangsa kita," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan stesen Express Rail Link (ERL) di KLIA2 di sini, Rabu.

Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Terminal penerbangan tambang rendah itu dijadual dibuka pada 2 Mei sementara Air Asia akan memindahkan semua operasi dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) ke lapangan terbang baharu itu pada 9 Mei. KLIA2 boleh menampung sehingga 45 juta penumpang setahun.

Hishammuddin berkata, banyak cabaran yang perlu ditangani oleh KLIA2 termasuk pergerakan penumpang, perjalanan dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke KLIA2, dan memastikan semua agensi bekerjasama.

"Ini adalah projek ikonik yang kita perlu sama-sama banggakan. Jelas dari segi semua yang terlibat bahawa perjalanannya bukan mudah, namun berjaya dilaksanakan.

"Semua ujian telah dijalankan tetapi saya ingin mengambil kesempatan terlebih dahulu untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan dan rakan-rakan saya dalam Kabinet yang terbabit bagi memastikan tarikh (pembukaan) yang dijadualkan menjadi kenyataan. Saya berharap semuanya akan berjalan lancar esok," kata beliau.

Sementara itu, Hishammuddin mengesahkan bahawa kos RM100 juta bagi landasan ERL ke KLIA2 sebenarnya bagi penyambungan landasan sejauh 2.2 kilometer dan bukan satu kilometer seperti dilaporkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa caj tambahan RM2 bagi perkhidmatan ERL dari KLIA ke KLIA2 adalah untuk tujuan penyelenggaraan dan kerja-kerja operasi.

"Kita perlu membuat perancangan masa depan dan berupaya menyalurkannya kepada generasi akan datang. Oleh itu, kami mengambil kira aspek ini sekarang," kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan