Selangor Henti Catu Air Mulai Khamis

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan untuk menghentikan pelan catuan air di sekitar Lembah Klang, berkuatkuasa Khamis.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kawasan terlibat iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya akan memperolehi bekalan air bersih secara berperingkat bermula Khamis atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan bertekanan rendah.

"Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Pelan Catuan Bekalan Air Negeri Selangor pada Isnin yang disertai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kumpulan Semesta Sdn Bhd serta syarikat-syarikat konsesi lain.

"Keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk dipatuhi bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti sediakala," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri tidak akan menunggu sehingga empangan mencapai takungan sebanyak 50 peratus kerana yakin usaha yang dilakukan termasuk mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan akan membantu meningkatkan paras air.

"Setakat ini paras air di empangan Sungai Selangor mencecah 40% dan perkembangan tentang turun naik paras empangan akan dimaklumkan oleh Dr Ahmad Yunus Hairi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) dari semasa ke semasa," katanya.

Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut dibuat dengan bermotifkan politik, beliau berkata, perkara itu tiada kaitan dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini tiada kena mengena dengan pemilihan parti yang sedang berlangsung pada ketika ini. Keputusan ini dibuat demi kepentingan rakyat hasil perbincangan semua pihak terlibat," katanya.

Abdul Khalid merupakan calon bagi merebut kerusi panas timbalan presiden PKR dalam saingan tiga penjuru menentang penyandangnya, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama LUAS, SPAN dan JPS untuk memantau perkembangan paras air di empangan.

"Keputusan membatalkan perintah catuan ini turut akan dikaji dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memperhebatkan usaha untuk menambah bekalan air sebagai persediaan menghadapi musim kering panjang yang dijangka bermula pada akhir Mei hingga September ini.

"JPS telah membekalkan 10 buah pam air yang digunakan untuk mengepam air dari kolam dan hilir sungai ke Sungai Selangor," katanya.

Jelas beliau, kerajaan negeri memberi jaminan akan sentiasa menjaga keselamatan pengguna dan menyalur maklumat penuh sekiranya terdapat keraguan terhadap penggunaan air kolam tersebut.

"Kerajaan juga merayu agar semua rakyat mengamalkan penggunaan air terawat secara berhemah dengan menggunakan air hujan bagi aktiviti luar seperti membasuh kereta atau menyiram pokok," kata Abdul Khalid.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan