Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 9:56 AM

empangan
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan Selangor digesa supaya membentangkan perancangan dan strategi menangani masalah bekalan air di negeri itu kepada umum.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata pergerakan dan juga perancangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum ini ternyata gagal menyelesaikan masalah itu.

"Lebih elok perancangan dan strategi baharu diumumkan kepada rakyat agar mereka boleh menilai sendiri apa yang bakal dihadapi pada masa hadapan," katanya kepada media di sini, Selasa.

"Kita bercakap berlandaskan fakta kerana sebelum ini kerajaan negeri merancang pelbagai kaedah untuk menangani masalah bekalan air, namun ternyata gagal sekali gus membebankan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai masalah catuan air di sekitar Lembah Klang yang berterusan sehingga menjejaskan kehidupan mereka yang terlibat.

Menurut Sohaimi, pada 2012 dan 2013 GPRS telah menghantar pelbagai memorandum kepada kerajaan negeri agar mereka menangani masalah bekalan air di Selangor sebelum bertambah parah.

"Namun, mereka tidak mengambil peduli dan akhirnya masalah besar berlaku yang menyaksikan rakyat terbeban kerana kedegilan kerajaan negeri.

"GPRS bukan sengaja untuk mendesak kerajaan negeri, tetapi apa yang kami nyatakan dalam memorandum adalah perkara yang benar selepas mengadakan perjumpaaan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)," katanya.

Bagaimanapun, Sohaimi menyambut baik langkah kerajaan negeri Selangor yang akur untuk membenarkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2)dilaksanakan setelah tertangguh selama hampir enam tahun.

Kata Sohaimi, meskipun keputusan itu agak lewat namun ternyata ia mengutamakan agenda kepentingan rakyat Selangor berbanding mengutamakan agenda politik kepartisan sendiri.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan