Seorang Lagi Suspek Militan Wanita Ditahan - Zahid

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 12:47 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang lagi wanita yang didakwa dikaitkan dengan kumpulan militan ditahan di Kuala Lumpur pada Selasa, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, wanita itu merupakan antara 10 suspek, termasuk seorang janda, ditahan kerana didakwa merancang untuk melancarkan serangan bom di Malaysia dan negara-negara sekular Islam yang lain.

"Dia ditahan di sekitar Kuala Lumpur pagi ini (Selasa). Kami sedang mengesan dan mengenal pasti anggota-anggota lain," katanya pada sidang media di sini.

Ahmad Zahid berkata, kesemua suspek, berusia antara 25 dan 56 tahun, ditahan di pelbagai lokasi di negara ini.

Beliau berkata, kumpulan itu termasuk pelajar, pekerja separuh masa dan profesional.

Pada Isnin, Unit Pencegahan Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman menahan sembilan anggota dalam serbuan serentak di Selangor dan Kedah.

Polis menjangkakan lebih ramai akan ditahan tidak lama lagi.

Kumpulan itu dipercayai telah beroperasi sejak Oktober tahun lepas dan mendapatkan anggota-anggota baharu menerusi Facebook.

Antara mereka yang ditahan adalah seorang lelaki dalam lingkungan 30-an, yang dikatakan sebagai dalam di sebalik kumpulan itu.

Menurut sumber, barangan yang dirampas daripada premis-premis dalam serbuan termasuk peta dan pelan bangunan kerajaan dan kunci pemasangan serta penerbitan.

Difahamkan kumpulan terbabit menentang mana-mana negara Islam yang dilihat sekular dan pro-demokrasi.

"Kita percaya kerajaan kita dan kerajaan-kerajaan lain merupakan sasaran yang dimaksudkan dalam apa yang dianggap sebagai Jihad Perang," kata sumber itu kepada The Star, sambil menambah bahawa Jihad Perang turut dijadikan sebagai moto yang diguna pakai oleh Jemaah Islamiah (JI).

"Kumpulan ini tidak mempunyai kaitan politik tetapi mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas antarabangsa," kata sumber itu.

Difahamkan, kumpulan itu turut terlibat dalam merekrut pejuang-pejuang ke Syria dan pihak berkuasa juga telah mengesan kaitannya dengan kumpulan JI dan al-Qaeda.

Tags / Kata Kunci: militan , ahmad zahid hamidi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan