Pemuda Umno Tubuh Majlis Ulama

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 9:52 PM

Khairul Azwan Harun (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, Selasa. Turut serta Fathul Bari (kiri). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno pada Selasa mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Pemuda Umno yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap itu.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya. Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda Umno bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada Umno selepas tamat pengajian, katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini, Selasa.

Pada 13 hingga 16 April lepas, Pemuda Umno mengadakan lawatan ke Turki, Jordan dan Arab Saudi untuk menjalinkan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda Parti AP di Ankara dan bertemu persatuan pelajar Malaysia di negara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta rakyat Selangor melaksanakan satu referendum sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri itu menyelesaikan krisis air.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan