Paras Air Empangan Sungai Selangor Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 8:53 AM

Paras air di Sungai Selangor meningkat sedikit selepas hujan turun selama dua minggu sejak minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Paras air di empangan Sungai Selangor mencatatkan sedikit peningkatan selepas berada di paras kritikal iaitu 40% beberapa bulan lalu.

Sehingga 8 pagi Isnin, paras air di empangan tersebut mencecah 40%, menurut laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60% air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Aida Isa, 20, penduduk Kampung Pertak, Kuala Kubu Baru yang tinggal dekat empangan tersebut berkata, hujan kerap turun di kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu lalu selepas musim panas yang panjang.

"Kami mengalami gangguan bekalan air selama dua minggu tetapi situasi kembali normal," katanya.

Tinjauan ke empangan itu menunjukkan tompokan rumput tumbuh di sekitar kawasan empangan.

Pada 31 Mac lalu, paras air di empangan itu adalah sekitar 36.53% manakala pada Rabu, ia meningkat kepada 38.97%.

Beberapa empangan lain turut menunjukkan peningkatan paras air iaitu Sungai Tinggi mencatatkan 62.6%, Klang Gates 58.49% - meningkat dari 62.05% dan 54.24% masing-masing pada minggu lalu.

Selangor mula mengalami catuan air pada awal Mac lalu.

Pada minggu lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelaksanaan catuan air akan berakhir pada minggu ini sekiranya usaha Selangor mengepam air kolam ke dalam Sungai Selangor membuahkan hasil dan keadaan hujan berterusan. 

Pakar bagaimanapun, memberi amaran akan berlakunya musim panas kering selama lima bulan bermula Jun ini.

Di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata catuan air tidak akan dihentikan segera.

"Jika dan bila catuan air berakhir, ia akan dilakukan secara berperingkat.

"Juga, keputusan untuk mengentikan catuan air sedang dibincangkan," katanya kepada pemberita  semasa sesi taklimat mengenai isu itu pada Isnin.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan