OKU Penglihatan Kayuh Basikal 190 Km Bakal Catat MBR

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 5:06 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Tiga Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dan tiga pembantu memulakan kayuhan dari sini ke Putrajaya untuk mencatat sejarah dalam The Malaysia Book Of Records (MBR) bagi kayuhan basikal tandem untuk jarak paling jauh bagi golongan itu.

Tiga peserta OKU yang menyertai acara kayuhan basikal tandem selama dua hari dari Rembau ke Putrajaya sejauh 190 kilometer (km) itu ialah Presiden Persatuan Sukan Rekreasi OKU Penglihatan Negeri Sembilan, Shamsul Anuar Amat Kasi, 43; Shaharuddin Sidek, 53, dan Mohd Shahir Ramli, 24.

Peserta dilepaskan oleh Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman di kediaman rasminya di sini.

Shamsul Anuar berkata, acara itu diadakan selepas kejayaan mereka disenaraikan dalam MBR bagi kategori sama tetapi untuk jarak 110 km pada Disember 2013.

"Kejayaan tahun lalu memberi semangat dan dorongan untuk melakukan kayuhan sekali lagi pada jarak lebih jauh iaitu 110 km dari Rembau sebelum berakhir di Maktab Penjara di Kajang dan meneruskan kayuan pada Rabu dari Kajang dan berakhir di Putrajaya sejauh 80 km," katanya di sini, Selasa.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr. Awaludin Said serta Pengarah Belia dan Sukan negeri Azura Sarbin.

Acara itu adalah anjuran Persatuan Sukan Rekreasi OKU Penglihatan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ghombau Cycling Community Club, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Jabatan Penjara.

Shamsul Anuar berkata, sepanjang perjalanan dari Rembau ke Putrajaya, peserta akan berhenti dan berehat di beberapa tempat pemeriksaan.

"Satu majlis 'MBR Night of Achievers 2014' akan diadakan pada malam Rabu di Hotel One World, Damansara Utama bagi meraikan kejayaan peserta," katanya.

Beliau berkata, program itu antara lain bertujuan mendidik masyarakat untuk menerima kehadiran golongan OKU penglihatan, selain mengetengahkan bakat dan potensi. 


Tags / Kata Kunci: OKU , MBR , Rembau , cacat penglihatan , basikal tandem

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan