Maklumat Bangsa Diisi Dalam Keadaan Tertentu - Joseph Entulu

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 3:34 PM

Joseph Entulu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keperluan mengisi maklumat bangsa dalam borang tertentu berkaitan urusan kerajaan hanya terhad dalam situasi tertentu bagi memenuhi kehendak Perlembagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.
 
Beliau berkata walaupun penggunaan borang rasmi tanpa maklumat indentiti kaum telah digunakan, namun dalam keadaan tertentu ada beberapa keperluan untuk ia diisi dan disimpan, khususnya bagi bangsa atau suku kaum yang mempunyai bilangan yang kecil.
 
"Antara keperluan pengisian maklumat kaum adalah bagi memenuhi kehendak peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan iaitu memelihara kedudukan dan kepentingan sah kaum-kaum di Malaysia. 

"Misalnya suku kaum yang tidak diketahui ramai seperti Irranun di Sabah dan Berawan di Sarawak...ia adalah untuk keperluan tersebut (Perlembagaan)," katanya menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Lucas Umbul pada sidang Dewan Negara di sini, Selasa.

Penyimpanan maklumat itu juga adalah bagi keperluan berkaitan penyelidikan untuk menentukan golongan kumpulan pengisi, bukannya untuk tujuan diskriminasi, katanya.
Tags / Kata Kunci: identiti kaum , borang , bangsa , Joseph Entulu

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan