Perlis Usul Kesalahan Ketum Sabit Ikut Akta Dadah

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan Perlis mengemukakan usul kepada Kerajaan Persekutuan supaya kesalahan bersabit daum ketum dimasukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya dalam usaha membendung penyalahgunaan tumbuhan itu.

Menteri Besar, Azlan Man (BN-Pauh) berkata, mengenakan kompaun terhadap pesalah tidak akan dapat mengawal pelaku dari terus mengulangi perbuatan mereka.

Ketika menjawab soalan tambahan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa, Azlan berkata ketagihan terhadap tumbuhan itu yang dikaitkan dengan penduduk Perlis dan Kedah menjejas imej kedua-dua negeri.

Hock Kong yang mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2013) 2014 sebelum itu dalam soalan lisannya bertanya mengenai usaha untuk menambahbaik kemudahan asas di sekolah di Perlis.

Azlan berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 antara usaha itu ialah membina bangunan tambahan 31 sekolah dan sebuah sekolah menengah di mana semua membabitkan peruntukan kerajaan persekutuan.

"Bagi tahun ini pula kerajaan akan menaiktaraf program pendidikan khas integrasi di lapan sekolah rendah dan lima sekolah menengah; membina kemudahan sukan dua sekolah menengah; serta mengubahsuai dan menaiktaraf struktur bumbung, kelas dan dinding sebuah sekolah rendah dan empat sekolah menengah," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Perlis , Menteri Besar , Akta Dadah Berbahaya

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan