Malaysia Atasi Singapura Dari Segi Kekuatan Tentera, Dakwa Laporan Kajian

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 6:12 PM

Anggota tentera sentiasa bersiap sedia menjaga keamanan negara. Malaysia menduduki tempat ke-38 daripada 106 negara dari segi kekuatan tentera menurut laporan yang diterbitkan oleh Global Firepower (GFP).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia menduduki tempat ke-38 daripada 106 negara dari segi kekuatan tentera menurut laporan yang diterbitkan oleh Global Firepower (GFP).

Kedudukan Malaysia meletakkannya lima tempat di hadapan dari negara jiran Singapura yang berada pada kedudukan ke-44.

Menurut kaji selidik itu, Malaysia juga mengatasi Norway (39), Ethiopia (40) dan Afrika Selatan (41).

Di Asean, selain Singapura, Malaysia juga mengalahkan Kemboja (82) dan Laos (102), tetapi tewas kepada Vietnam, Thailand dan Filipina, yang masing-masing berada pada kedudukan ke-23, 24 dan 37.

Kajian GFP 2014 menyimpulkan bahawa lima negara teratas dari segi kekuatan tentera adalah Amerika Syarikat, Rusia, China, India dan United Kingdom.

GFP menjelaskan bahawa terdapat lebih 50 faktor , melangkaui teknologi dan senjata negara, telah dipertimbangkan dalam menentukan kedudukan yang muktamad.

Antara faktor itu adalah tenaga manusia yang ada dan tenaga manusia yang berupaya dalam perkhidmatan, serta pengeluaran minyak, penggunaan minyak dan simpanan minyak negara, yang dikira dalam beberapa tong sehari.

Tags / Kata Kunci: Global Firepower , GFP , kekuatan tentera

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan