BN Pulau Pinang Tiada Kaitan Dengan PFP - Teng Chang Yeow

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 10:03 AM

Teng Chang Yeow

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang tidak mempunyai kaitan dengan penubuhan parti Penang Front Party (PFP) oleh 44 badan bukan kerajaan kaum Cina, kata Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow.

"Kami tidak tahu tentang penubuhan parti itu. Mereka tidak menemui kami dan kami juga tidak menemui sesiapa untuk menubuhkan parti ini," katanya di sini, malam Isnin.

Beliau ditanya mengenai penubuhan parti itu seperti yang diumumkan Pengerusi Penajanya Datuk Go Chu Tiong.

Mereka dalam proses menghantar permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membolehkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei ini.

Teng berkata sesiapa pun boleh mengisytihar mereka mesra BN, tetapi penubuhan PFP tidak datang dari BN.

PFP dikatakan mahu memperjuangkan masa depan rakyat Pulau Pinang secara adil.

Mengenai PRK Bukit Gelugor, Ten berkata MCA akan mengemukakan calonnya untuk dipertimbangkan dan menambah BN Pulau Pinang akan bermesyuarat dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai perkara itu.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam nahas jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada 17 April lalu.

Sementara itu Teng berkata BN Negeri bersetuju untuk melantik semula Datuk Omar Faudzar sebagai setiausaha dan Tan Cheng Liang sebagai bendahari baharu.


Tags / Kata Kunci: BN , Teng Chang Yeow , PFP , Bukit Gelugor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan