Bekas KP DCA Ketuai Pasukan Penyiasatan Antarabangsa MH370

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 7:10 PM

Datuk Kok Soo Chon

Kok Soo Chon.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Kok Soo Chon dilantik mengetuai Pasukan Penyiasatan Antarabangsa yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kok merupakan pilihan yang tepat kerana beliau juga merupakan bekas wakil tetap bagi majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal, Kanada.

Beliau berkata pasukan itu, yang telahpun memulakan tugas, terdiri daripada perwakilan dari pelbagai badan, termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NSTB) Amerika Syarikat, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom dan Jabatan Siasatan Kemalangan Pesawat China.

Ini katanya, termasuk Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Bureau d'Enquêtes et d'Analyses (BEA) Perancis, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan wakil negara ASEAN dari Singapura dan Indonesia.

"Wakil Boeing, Rolls Royce dan Inmarsat turut berada dalam pasukan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Hishammuddin berkata, tujuan utama pasukan itu adalah untuk menyiasat, menilai dan menentukan punca sebenar kejadian itu untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berlaku pada masa depan. 

"Saya ingin menegaskan bahawa penyiasatan ini bukan bertujuan untuk meletakkan kesalahan atau liabiliti berkaitan nahas ini.

"Ia adalah penting bagi Kerajaan untuk membentuk pasukan ini secara bebas, yang bukan sahaja cekap dan telus tetapi sangat boleh dipercayai," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan