Kecewa Sikap Calon 'Ghairah' Menang Punca Ramachandran Tarik Diri

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 3:55 PM

Ramachandran NEW

K Ramachandaran menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk K Ramachandaran memutuskan untuk menarik diri  kerana kecewa dengan tindakan segelintir calon yang dilihat terlalu 'ghairah' untuk menang dalam pemilihan parti itu kali ini.

Anggota PKR itu juga kecewa kerana tindakan berkempen yang keterlaluan itu menggambarkan seolah-olah mereka lupa penderitaan yang ditanggung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka (calon-calon) terlalu ghairah berkempen sehingga melupai penderitaan yang ditanggung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin dipenjarakan kerana kesalahan yang tidak dilakukannya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Keputusan tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara penyandangnya, Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution Ismail.

Jelas Ramachandran, beliau akan memberi komitmen dan sokongan penuh terdapat Saifuddin dan rakan kempennya dalam siri program Reformasi 2.0 iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

"Saya yakin beliau (Saifuddin) mampu membantu Presiden membawa parti ke mercu kejayaan," katanya.

Ramachandran mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden menerusi surat yang diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul pada Jumaat lalu.


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan