Pembinaan Projek Langat 2 Bermula Rabu Ini - Mahdzir Khalid

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 10:45 PM

Mahdzir Khalid

Mahdzir Khalid.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tertangguh sejak sekian lama, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) akan bermula Rabu ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

Beliau berkata, pembinaan projek yang dimulakan sejurus mendapat Surat Kebenaran Merancang daripada kerajaan Selangor pada 26 Feb lepas itu mampu membekalkan air terawat sehingga 1,130 juta liter sehari (JLH) sehingga 2025.

Projek tersebut dijangka siap pada 30 April 2017, dan kontraktor yang dilantik telah memasuki tapak pembinaan dan memberi jaminan projek itu mampu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini, Isnin.

Pada 26 Februari lepas, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menandatangani perjanjian persefahaman untuk kerajaan Selangor mengeluarkan kebenaran kepada pihak kerajaan persekutuan merancang Loji Rawatan Air Langat 2 di negeri itu.

Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Mengenai Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat yang sedang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini, Mahdzir berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada kerajaan Selangor untuk menamatkan pelan tersebut bulan depan.

Beliau berkata, permohonan itu dikemukakan kerajaan negeri setelah meneliti kadar penurunan hujan yang konsisten kebelakangan ini serta tindakan meningkatkan jumlah air mentah, antaranya dengan mengepam air dari lombong ke dalam Sungai Selangor.

"Kerajaan negeri telah memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan kementerian sedia mempertimbangkan untuk melepaskan catuan," katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung pada Selasa.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan