Penasihat Keselamatan AS Susan Rice Bertemu Pemimpin PR

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 8:40 PM

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Susan Rice bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat pada Isnin.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, beliau bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bertemu dengan penasihat keselamatan AS itu di Kuala Lumpur.

"Rice meminta input mengenai strategi untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan menyesyorkan perbualan telus ​​mengenai rundingan bagi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

"Anwar menyatakan bahawa beliau percaya adalah penting untuk menerokai semua saluran kerjasama dua hala dan membuat rujukan kepada rangka kerja kerjasama komprehensif  Amerika Syarikat dalam melibatkan negara jiran Indonesia dan Vietnam. 

"Di negara-negara berkenaan, penglibatan itu ialah perdagangan yang benar-benar menyeluruh meliputi perdagangan, keselamatan, pendidikan, alam sekitar serta isu-isu hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan demokrasi," katanya.

Anwar berkata, beliau mencadangkan supaya Amerika Syarikat mewujudkan satu Kumpulan Kerja mengenai tadbir urus dan hak asasi manusia, yang turut melibatkan wakil-wakil dari masyarakat awam dan pembangkang sebagai salah satu cara penting untuk mengukuhkan kerjasama komprehensif, yang diumumkan Presiden AS, Barack Obama dalam lawatannya ke Malaysia.

Mengenai TPPA, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) percaya bahawa Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan yang mesti menarik Pelaburan Langsung Asing untuk terus hidup dalam ekonomi global yang mencabar.

Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Rice bahawa Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai TPPA , khususnya mengenai ketetapan berhubung sektor pertanian, sektor farmaseutikal dan pendedahan kepada tindakan undang-undang yang kompleks dan mahal yang mungkin dihadapi Malaysia apabila menandatangani perjanjian itu.

Anwar menjelaskan, usaha-usaha untuk melibatkan diri dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyuarakan masalah dan cadangan Pakatan Rakyat telah ditolak.

"Rice menyatakan keperluan untuk memudahkan perbualan yang lebih luas di Malaysia mengenai perjanjian itu bagi memastikan semua pihak faham, untuk tidak memburuk-burukkan Amerika Syarikat, dan untuk memastikan bahawa proses perundingan lebih telus dan inklusif," katanya.

Dalam pada itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyuarakan tentang integriti pilihan raya di Malaysia sementara Mustafa menekankan mengenai kesulitan apabila kuasa Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kesan kepada beberapa kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan