Obama Akhiri Lawatan Ke Malaysia, Berangkat Ke Filipina

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 11:00 AM

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melambaikan tangan sebelum berlepas ke Filipina setelah melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Selepas tiga hari mengadakan lawatan ke Malaysia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kini meneruskan kunjungan rasminya ke Manila, Filipina.

Obama yang menaiki pesawat Boeing 747-200B berlepas dari pangakalan TUDM di sini kira-kira pukul 10.20 pagi, Isnin.

Sebelum itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyambut ketibaannya dan mengiringi beliau menerima tabik hormat daripada 28 anggota  Rejimen Renjer DiRaja yang diketuai Kapten Mohd Fadjrin Mansor.

Hadir sama ialah Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Awang Adek Hussin.

Terdahulu Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman (MoU) antara AS dengan syarikat Malaysia.
Tags / Kata Kunci: Barack Obama , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan