MH370: Dasar Satu Anak Satu Keluarga Antara Faktor Emosi Keluarga Warga China

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 11:42 PM

Mohamed Nazri Abdul Aziz

Mohamed Nazri Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kemarahan rakyat China kepada Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 bukannya disebabkan berita dan spekulasi negatif di media-media sosial. 

Beliau berkata, perkara utama yang mendorong kepada emosi dan kemarahan masyarakat negara Tembok Besar itu ialah kerana mereka terikat dengan dasar satu anak. 

"Kita kena faham, penduduk China terikat dengan one child policy lebih 30 tahun dan bagi keluarga penumpang warga China di dalam penerbangan itu, mereka tentunya bimbang akan kehilangan keturunan. 

"Ini yang membuatkan mereka marah," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Dasar satu anak satu keluarga di China telah dikuatkuasakan sejak 1979, manakala pasangan di luar bandar dibenarkan mempunyai dua anak, sekiranya anak pertama mereka adalah perempuan. 

Mohamed Nazri berkata, kemarahan itu dikuatkan lagi dengan kepercayaan warga China bahawa mereka yang meninggal perlu diberi 'penghormatan terakhir', di mana jasad mereka perlu disentuh, dan dalam kes MH370 anggota keluarga masih kabur mengenai status atau nasib keluarga mereka dalam pesawat malang itu.

"Kepercayaan masyarakat Cina, kalau ada orang meninggal, mesti bagi final rites, mesti ada badan untuk disentuh. Kalau tak dapat badan, sekurang-kurangnya tahu di mana tempat pesawat itu jatuh. 

"Jadi, kalau kedua-dua perkara penting ini tidak ada, mereka tak boleh buat final rites. Ini kepercayaan ribuan tahun...jadi dia frust (kecewa), dan bila frust mereka marah, dan tentunya kemarahan itu dihalakan kepada Malaysia," katanya.

Beliau berkata sebagai sebuah negara berjiwa besar, Malaysia memahami kesedihan dan kesulitan penduduk China, yang mana rakyatnya merupakan penumpang terbesar dalam pesawat itu. 

"Kita berjiwa besar, kalau mereka nak marah, kita juga memahaminya. Cuma kita perlu bersabar dengan melihat kesedihan yang mereka alami adalah sepertimana rasa sedih, simpati yang kita alami," katanya. 

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum ini mengumumkan akan menangguhkan segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di

China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan