Permainan Kad Satira Pilihan Raya Keluarkan Pek Pengembangan Sabah, Sarawak

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 5:37 PM

politiko

Permainan kad Politiko kini dikeluarkan dengan pek pengembangan Sabah dan Sarawak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Politiko, permainan kad satira pilihan raya Malaysia, telah dijual dengan set edisi baharu melibatkan Sabah dan Sarawak, yang menjanjikan lebih mencabar dan taktik penuh tipu helah.

Ia direka oleh Centre for Artful and Useful Recreation (Centaur), set pengembangan pertama bagi permainan itu yang memasukkan tiga parti baharu, yang mana parti di Malaysia Timur untuk dipilih oleh pemain, bersama-sama dengan 14 kad pengundi untuk direbut.

"Pengembangan ini datang daripada idea di mana kebanyakan rakyat Malaysia Timur bertanya mengapa permainan itu begitu Malaysia Barat," kata Zedeck Siew, ketua pereka set pengembangan bagi permainan kad itu.

Mun Kao, yang merupakan artis visual di sebalik permainan kad itu, memberitahu The Star bahawa adalah masuk akal untuk memasukkan elemen-elemen Sabah dan Sarawak ke dalam permainan tersebut.

Tambahnya, perbezaan landskap sosio-politik dari Semenanjung Malaysia memerlukan pek pengembangan kad pemainan yang berasingan.

Dalam edisi pengembangan itu, para pemain boleh memilih untuk bermain sebagai Parti Maju Sabah, Parti Bersatu Sabah atau Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak.

Beberapa taktik baharu dalam set permainan itu termasuk kad Ancaman Luar, yang diilhamkan daripada pencerobohan kumpulan lelaki bersenjata Sulu pada 2013 , yang membatalkan skim pemain, atau kad Air Bersih, yang boleh mencuri satu kad pengundi daripada pemain lain.

"Semua yang kita tahu tentang Politiko adalah daripada akhbar. Kita tidak tahu bagaimana ia mencerminkan realiti, tetapi ia mencerminkan apa yang di dalam akhbar," kata Mun Kao.

Beliau terkejut apabila ditanya sekiranya perkembangan itu dikeluarkan pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, dijangka menjelang 2016.

"Kami tidak berfikir tentang itu," katanya sambil ketawa.

Beliau menambah, "Apabila kami keluarkan Politiko (yang asal), kami tidak mahu masa (untuk dikeluarkan) sama dengan Pilihanraya Umum. Ia bagaimanapun berlaku."

Centaur, juga mengeluarkan satu edisi kedua Politiko, yang diperlukan sekiranya pemain mahu menggunakan set pengembangan itu.

Edisi kedua Politiko ini berharga RM38, manakala set pengembangan Sabah dan Sarawak dijual pada harga runcit RM19.

Kad-kad permainan itu juga tidak lama lagi boleh didapati di kedai buku Czip Lee, kedai-kedai buku dan kedai-kedai permainan lain. 

Mereka juga boleh membuat pesanan secara dalam talian melalui Loyarbarang.com .

Edisi pertama permainan ini telah dikeluarkan semasa menjelang Pilihan Raya Umum pada 2013, dengan 1,000 salinan menjadi rebutan dalam masa hanya enam minggu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan