'Blackout' di Batang Sadong, JPP Siasat Dakwaan Azmin Tipu Undi

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pemilihan peringkat cabang di Sarawak membabitkan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, dakwaan tersebut masih dalam siasatan dan akan diumumkan secepat mungkin.

"Banyak dakwaan diterima selepas gambar membabitkan insiden itu dimuat-naik dalam laman sosial. Namun kita perlu sahkan terlebih dahulu sebelum pengumuman mengenainya dibuat secara rasmi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Jelas Johari, tindakan tegas akan diambil sekiranya pihak terbabit didapati bersalah dan dakwaan tersebut terbukti benar.

"Kami (JPP) tidak akan berkompromi dengan kes seperti ini. Sebagai parti reformasi kita tidak boleh lakukan apa saja sesuka-hati.

"Pihak JPP akan mengambil tindakan sewajarnya jika kes itu terbukti benar," katanya.

Pada Ahad, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR ekoran dakwaan memanipulasi undi.

Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

Perkara seperti ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan, namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

Johari berkata,  pemilihan di kawasan itu (Batang  Sadong) menerima banyak aduan selepas berlaku 'blackout' ketika proses pengiraan sedang berlangsung.

"Semasa pengiraan, dua calon Majlis Pimpinan Pusat datang dan secara kebetulan berlaku 'blackout'. Hal itu menyebabkan dua MPP tersebut tidak berpuas hati," katanya.

Menurutnya, pemilihan tersebut terpaksa dilakukan di sebuah hotel bajet ekoran tiada lokasi yang sesuai.

Sehubungan itu, Johari meminta semua pihak bersabar sementara menunggu hasil siasatan.

Selain itu, beliau berkata JPP masih menjalankan siasatan berhubung aduan yang dibuat calon ketua Cabang Kuala Selangor S. Manikavasagam berkenaan ugutan dua pegawai Khalid yang menghalangnya bertanding di Cabang itu.


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan