Catuan Air Di Selangor Akan Diteruskan - Berita Semasa | mStar

Catuan Air Di Selangor Akan Diteruskan

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Catuan air di Selangor akan diteruskan, kata kerajaan negeri pada Isnin.

Exco kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, walaupun paras air empangan meningkat, catuan air terpaksa diteruskan buat ketika ini.

Beliau berkata, Kerajaan negeri Selangor dan Lembaga Pengurusan Air Selangor (Luas) akan membincangkan tarikh akhir catuan air tidak lama lagi.

Ahmad Yunus yang merupakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor turut menolak dakwaan bahawa air lombong berbahaya.

"Kita telah melakukan banyak ujian yang menunjukkan bahawa air tersebut selamat. Jika terdapat sebarang yang tidak selamat, kita tidak akan menyembunyikannya," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Selangor juga telah membeli sepuluh lagi pam untuk meningkatkan rizab air di negeri ini.

"Pam mempunyai keupayaan untuk mengepam sehingga 86 juta liter air setiap hari," katanya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan