Bukan Saya Tidak Peduli Tentang Anwar - Obama

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bermaksud beliau tidak mengambil berat mengenai isu reformasi yang diperjuangkan pemimpin pembangkang itu, demikian menurut Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

"Hakikat saya tidak bertemu dengan Anwar bukanlah bermaksud tidak peduli. Malah ada banyak pihak lagi yang saya tidak temui. Ia juga bukan bermasud saya tidak prihatin terhadap mereka," katanya.

Menurut Obama, isu mengenai kebebasan media, hak asasi manusia, kebebasan awam sentiasa menjadi agendanya ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin luar.

Obama berkata demikian bagi menjawab soalan Major Garrett dari CBS News, yang bertanya mengapa beliau tidak bercakap mengenai hak asasi manusia, hubungan antara kaum, akauntabiliti politik dan kebebasan bersuara yang menurut Garrett merupakan isu yang releven di Malaysia.

"Saya fikir apabila anda berkata bahawa semua isu berkenaan 'perlu dimenangi' di Malaysia, ia mungkin kesimpulan mengenai apa yang berlaku namun ia tidak sepenuhnya menggambarkan kemajuan yang yang dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Dan saya fikir, Perdana Menteri merupakan yang pertama mengetahui bahawa masih terdapat perkara yang perlu diselesaikan di Malaysia,” kata Obama sambil menambah bahawa Najib merupakan pemimpin yang komited.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan