Tiada Peruntukan Bawah Akta Perubatan Benarkan Potong Tangan - Subramaniam

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 3:45 PM

S Subramaniam

S.Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Kesihatan, Datuk Dr S.Subramaniam berkata, tiada peruntukan di bawah Akta Perubatan 1971 yang membenarkan pakar perubatan atau doktor untuk memotong tangan mana-mana individu yang didapati bersalah kerana mencuri.

Justeru, beliau meminta Kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hukum hudud di negeri itu agar tidak membabitkan pakar-pakar perubatan di negara ini dalam pelaksanaan hukum berkenaan.

"Tugas sebagai seorang doktor adalah mengikut yang ditetapkan di bawah Akta Perubatan. Jadi, mereka menjalankan tugas mengikut apa yang perlu mereka lakukan dan tidak lebih dari itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2014 di Flat Jasmin, Senawang, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Rabu lepas, bahawa kerajaan PAS Kelantan merancang menggunakan khidmat pakar bedah bagi memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan rasa terkejut dan bantahan berhubung cadangan menggunakan pakar bedah untuk memotong tangan pesalah hudud atas alasan ia bertentangan dengan amalan dan etika perubatan.

Mengenai penyebaran wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), Subramaniam menasihatkan umat Islam negara ini yang ingin menunaikan umrah dan ibadah haji di Arab Saudi agar tidak melawat ke ladang unta kerana penyebaran wabak itu disyaki berpunca daripada unta di sana.

Katanya setakat ini, tiada laporan terbaharu mengenai jangkitan virus ini di negara ini sejak seorang lelaki yang berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia akibat jangkitan virus itu, pada 13 April lepas.

"Kita tidak menghalang umat Islam ke Arab Saudi tetapi kalau boleh jangan pergi ke ladang unta sehingga isu ini selesai," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 25 April lepas ialah sebanyak 29,776 dengan 66 kes kematian.

"Semua orang berisiko digigit nyamuk Aedes... saya ingin menyeru kepada semua agar mengambil tindakan secara individu dan bersepadu dalam memerangi wabak denggi," katanya.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan