'Terima Kasih', Kata Obama Kepada Khairy

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 9:28 AM

obama

Khairy bersalaman dengan Obama di Pangkalan TUDM di Subang sambil diperhatikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (dua, kanan). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ia merupakan detik presiden yang akan terpahat dalam ingatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Ketua Pemuda Umno yang memulakan tugas sebagai menteri pengiring sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama itu dengan yakin dan tidak tergamam apabila presiden itu berbual-bual dengan beliau di tarmac pangkalan TUDM.

Khairy berkata, Obama menjawab ucapan beliau kepadanya dalam Bahasa Malaysia.

"Saya kata 'Selamat datang, Mr Presiden' dan beliau menjawab 'Terima kasih'."

Khairy akan mengiringi Obama sehingga Presiden Amerika Syarikat itu berlepas pada Isnin.

Ia juga merupakan detik istimewa buat pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang diperlihatkan sebagai muka Malaysia kepada dunia berikutan kehilangan MH370.

Presiden Obama dengan segera mengenali Hishammuddin dan bercakap paling lama dengan beliau ketika diperkenalkan kepada orang kenamaan selepas majlis sambutan rasmi di Dataran Parlimen.

Hishammuddin berkata, Obama memberi jaminan dengan berkata: "Saya tahu ia adalah jalan yang sukar, dan panjang. Kita akan bekerja bersama-sama. Sentiasa ada sokongan."

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ia merupakan satu penghormatan besar bagi beliau kerana bertemu dan menyambut Presiden Amerika Syarikat itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan apa yang dilalui itu dikatakan sesuatu yang amat bersejarah buat Malaysia.

"Presiden memberitahu saya bahawa beliau berasa amat dialu-alukan di Malaysia," katanya.

"Satu perkara yang kita tidak boleh nafikan bahawa beliau mempunyai senyuman yang memberi kesan dan saya kagum dengan pengiring keselamtan lawatan rasminya. Saya berjaya mengambil beberapa gambar kenderaan The Beast," katanya yang merujuk kepada kenderaan berperisai presiden.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan