Keputusan Catuan Air Ditentukan Kerajaan Negeri Selangor - Syabas

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 10:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor adalah pihak yang membuat keputusan sama ada meneruskan atau menghentikan catuan air di negeri itu. 

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred Dharan dalam satu kenyataan berkata sehingga hari ini, pihaknya sebagai pengagih bekalan air masih belum menerima sebarang keputusan pelan catuan tersebut.
 
"Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat sehingga kini masih diteruskan seperti yang dirancang," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan catuan harian melalui laman web Syabas www.syabas.com.my, laman sosial Facebook dan Twitter Syabas. 

Sementara itu, Priscilla berkata penyaluran bekalan air yang terjejas di zon 1 wilayah Petaling semalam disebabkan kejadian paip pecah di Taman Gembira, Jalan Klang Lama.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan paip sedang dijalankan dan bekalan air akan disalurkan sebaik sahaja kerja pembaikan selesai manakala tempoh penyaluran akan dipanjangkan sedikit dari jadual asal.
Tags / Kata Kunci: Syabas , catuan air

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan