Obama Nafi 'Buli' Malaysia Dalam Rundingan TPPA

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 2:59 PM

obama najib

Obama (kiri) dan Najib pada sidang media di Putrajaya, Ahad. Foto AP

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menafikan Washington membuli Malaysia dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dijalankan.

Sebaliknya, beliau berkata beliau sendiri yang telah dibuli oleh partinya sendiri (Democratic) berhubung perjanjian itu selain protes terhadap perjanjian itu yang lebih kepada orang takut perubahan corak perdagangan pada masa depan atau tidak mahu mengubah cara lama.

"Adalah penting bagi semua orang tunggu dan lihat apakah perjanjian (akhir) sebelum mereka terus membuat kesimpulan," kata beliau sebagai respons kepada soalan yang Washington membuli Kuala Lumpur dalam rundingan mengenai TPPA pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Ahad.

Beliau berkata, memang difahami bahawa akan ada bantahan, protes, tuduhan konspirasi politik, yang berlaku bukan sahaja bagi Amerika Syarikat dan Malaysia, tetapi juga semua negara yang berunding.

Melihat ke hadapan ke arah memuktamadkan rundingan TPPA, beliau berkata, "negara-negara dan syarikat-syarikat mesti bersedia untuk mengambil langkah seterusnya."

Najib, dalam komen sebelum itu, melahirkan keyakinan bahawa manfaat keseluruhan daripada TPPA jauh akan mengatasi kelemahan pakatan itu yang masih dirundingkan oleh 12 ekonomi lingkungan Pasifik walaupun akan terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan.

Beliau juga berkata, Washington memahami sensitiviti domestik Malaysia seperti yang dibuktikan semasa rundingan dua hala dengan Obama sebelum ini.

Obama juga berkata, TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. 

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia komited kepada proses mendapatkan penerimaan orang ramai berhubung TPPA.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan