Lelaki Maut, Rakan Cedera Kereta Terbabas Dalam Tali Air

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 5:50 PM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tali air di kilometer 33.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Bandar Darul Aman dekat sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi tadi mangsa R.Gananaathan, 27, dari Jalan Paya Besar, Lunas maut di tempat kejadian dipercayai lemas dalam tali air selepas kereta tersebut terbalik. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohamed Yusof berkata rakan mangsa S.Thinissvaran, 27, hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Jitra sebagai pesakit luar. 

Beliau berkata kenderaan yang dipandu Gananaathan dipercayai melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum hilang kawalan lalu terjunam dalam tali air sedalam satu meter. 
 
"Siasatan awal mendapati mangsa maut dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kereta," katanya ketika dihubungi di sini.

Ibrahim berkata kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumah rakan mereka di Alor Setar untuk menghadiri parti hari jadi, namun dikatakan terlepas susur keluar ke Alor Setar dan terlajak ke Jitra. 

Katanya Gananaathan yang memandu kereta jenis Proton Wira dikatakan mahu berpatah balik ke Alor Setar sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Mayat Gananaathan dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga. 


Tags / Kata Kunci: maut , kereta terbabas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan