Jadikan Hudud Hukum Jenayah Islam - Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 4:38 PM

Jamil Khir

Jamil Khir Baharom.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan hukum hudud menggunakan hukum jenayah Islam kerana ia adalah sebahagian daripada perundangan jenayah syariah Islam. 
 
"Kalau kita membicarakan soal hudud maka tanggapan orang melihat hanya pada satu sudut. Mungkin orang akan melihat hudud dari sudut potong tangan, rejam ataupun persepsi sebatan. 
 
"Tetapi sebenarnya di dalam Islam bila bercakap sebatan ada peraturan-peraturan sebatan. Ia tak sama macam sebatan sivil yang mana mungkin sekali rotan pun telah memberi bekas yang cukup dari segi fizikal. 

"Konsep sebatan dalam syariah ia tidak sampai kepada tahap yang sedemikian, bahkan sebatannya adalah bersifat mendidik dan mengajar...lebih besar daripada itu untuk tujuan memberi kesedaran," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatan Kuasa Kariah Masjid peringkat negeri Pulau Pinang, di sini, Ahad.

Sehubungan itu Jamil Khir menyeru masyarakat untuk melihat dan memahami hukum hudud dalam konteks lebih luas iaitu perundangan Islam. 

Beliau berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan rujukan, penelitian dan perbincangan yang mendalam daripada pakar supaya semua pihak dapat memahami dengan lebih jelas. 

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS negeri itu, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa di Dewan Rakyat Jun ini usul mengenainya. 

Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR. 

Majlis penutup multaqa itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas. 

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kasim.

Tags / Kata Kunci: Jamil Khir , hudud , jenayah Islam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan