Cuaca Panas: Adnan Mahu Aktiviti Luar Kelas Dikaji Semula

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 11:02 PM

Adnan Yaakob

Adan Yaakob.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mahu semua aktiviti luar kelas dikaji semula bagi mengelakkan pelajar berdepan risiko kesihatan akibat cuaca panas dan berjerebu.
 
"Pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri perlu mengkaji semula setiap aktiviti luar yang mereka rancang dan jika tidak ada keperluan untuk meneruskan aktiviti itu, ada baiknya kita tangguh atau batalkan saja.

"Kita tidak mahu ada pelajar berdepan risiko hingga membahayakan kesihatan mereka terutamanya dengan keadaan cuaca sekarang yang panas dan berjerebu," katanya ketika melawat keluarga Allahyarham Mohammad Ammar Abdulloh, 17, di Tanjung Lumpur di sini, Ahad.


Mohammad Ammar pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, yang mengikuti Latihan Perkhemahan Kadet Polis di Pusat Kokurikulum Sultan Ahmad Shah, Kampung Pandan, di sini, bertarung nyawa selama 34 jam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini sebelum disahkan meninggal dunia Rabu lepas. 

Sehari sebelum itu, Mohammad Amar pengsan ketika mengikuti aktiviti jalan lasak sejauh kira-kira lima kilometer yang diadakan dan guru pengiring serta kakitangan kem itu terus membawanya ke HTAA bagi mendapatkan rawatan susulan sebelum doktor mengesahkan dia meninggal dunia pada jam 11.20 malam. 

Bapa saudara Allahyarham, Syed Mohd Nor Arifin Syed Abdul Kadir al-Attas berkata doktor yang merawat Mohammad Ammar memaklumkan kepadanya sekeluarga bahawa kematiannya disebabkan oleh kepanasan melampau dan kegagalan organ dalaman berfungsi.

Adnan yang ditemani isterinya, Datin Seri Junaini Kassim meluangkan masa kira-kira dua jam bertanyakan khabar dan menyampaikan rasa simpati kepada ibu bapa Mohammad Ammar, Abdulloh Saleh dan Syarifah Jamilah Syed Alwi selain menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada keluarga itu.

Tags / Kata Kunci: Adnan Yaakob , cuaca panas

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan