PRK Bukit Gelugor: DAP Pulau Pinang Senarai Pendek Lima Calon

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 8:38 PM

Chow Kon Yeow

Chow Kon Yeow.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang menyenarai pendekkan lima nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei depan.

Pengerusinya Chow Kon Yeow berkata nama calon berkenaan akan diserahkan untuk dipertimbangkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan bermesyuarat esok.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung senarai calon itu.

"Semua calon bukan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...tiada wakil rakyat dalam senarai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tukar Barang sempena sambutan Hari Bumi 2014, di Lebuh Pantai di sini Sabtu.

Chow juga enggan mengulas sama ada anak mendiang Karpal Singh turut disenarai pendekkan sebagai calon PKR itu.

Spekulasi hangat menyatakan anak lelaki Karpal Singh, Ramkarpal atau anak perempuannya Sangeet Kaur Deo akan dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang majoriti pengundinya terdiri daripada kaum Cina.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, berikutan nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.

Karpal Singh memenangi kerusi itu pada 2004 dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lim Boo Chang dengan majoriti 1,261 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, Karpal Singh mempertahankan kerusi Bukit Gelugor selepas menewaskan calon BN Datuk Koay Kar Huah dengan majoriti 21,015 undi dan memenanginya lagi pada 2013 dengan majoriti lebih besar 41,778 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei sebagai hari pengundian untuk PRK Parlimen Bukit Gelugor sementara hari pencalonan pada 12 Mei. Hari pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei.


Tags / Kata Kunci: DAP , calon PRK , Bukit Gelugor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan