PRK Bukit Gelugor: DAP Akan Pilih Calon Daripada Lima Disenarai Pendek

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 2:20 PM

Chow Kon Yeow

Chow Kon Yeow.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) akan bersidang Isnin untuk memilih calon bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata senarai lima nama calon akan dikemukakan kepada CEC pada mesyuarat yang akan berlangsung pada pukul 7.30 malam di Kuala Lumpur.

"Tidak ada satu pun nama yang tersenarai adalah wakil rakyat yang sedang berkhidmat.

"Bagaimanapun, CEC yang berhak menentukan calon yang akan bertanding," katanya pada sidang media di Lebuh Pantai, di sini, Ahad.

Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang enggan memaklumkan sama ada salah seorang anak mendiang Karpal adalah antara calon yang disenaraikan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tarikh PRK Bukit Gelugor akan diadakan 25 Mei, manakala penamaan calon pada 12 Mei ini. Keputusan itu dibuat berikutan kematian Ahli Parlimennya, Karpal Singh, 74 yang maut dalam kemalangan di Perak.

Mendiang Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP adalah penyandang kerusi itu sejak 2004 dan pada Pilihan Raya Umum lalu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 41,778 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam yang mendapat 14,061 undi.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan