Virus MERS Disyaki Daripada Unta - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Penyebaran wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), jangkitan respiratori yang disebabkan oleh virus korona, disyaki berpunca daripada unta di Arab Saudi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pemeriksaan terhadap darah unta di negara itu mendapati tahap antibodi haiwan berkenaan sama dengan virus itu.

"Ada kemungkinan virus itu ada pada unta. Mungkin daripada situ ia telah menular dan merebak kepada manusia...ia (virus) bukan boleh merebak dengan mudah, perlu berada dekat atau bersentuhan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesihatan Masyarakat MySihat India 1Malaysia di sini pada Sabtu.

Semalam, Dr Subramaniam berkata tiada kes jangkitan terbaharu MERS-CoV di negara ini, sejak kes kematian seorang lelaki akibat pneumonia teruk susulan jangkitan virus itu pada 13 April lepas.

Lelaki berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail selepas mengadu demam, batuk dan kesukaran bernafas, kira-kira 10 hari selepas kembali daripada mengerjakan umrah pada 29 Mac. Kes itu merupakan yang pertama dilapor di rantau ini.

Dr Subramaniam berkata beliau sudah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai langkah pencegahan selain menasihati jemaah yang ingin mengerjakan Umrah berhubung risiko virus berkenaan.

Beliau juga menasihatkan para jemaah supaya mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti kerap mencuci tangan, membawa sanitiser, mandi dengan lebih kerap dan menjauhkan diri daripada orang sakit.

Ditanya sama ada Kementerian Kesihatan akan mengenakan pelalian tambahan kepada jemaah yang akan mengerjakan ibadah Haji pada Oktober ini, Dr Subramaniam berkata: "Malaysia sudah mempunyai sistem perubatan terbaik untuk jemaah haji. Di Arab Saudi pun kita mempunyai kemudahan rawatan dan doktor-doktor pun ada di sana.

"Kita kena lihat sama ada terdapat keperluan untuk meningkatkan kemudahan itu...ini kita kena bincang dengan pihak Tabung Haji yang menguruskan perkara tersebut."

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan sedang menganalisis produk gula-gula yang didakwa dijual dalam kotak rokok di luar kawasan sekolah seperti dilaporkan media sebelum ini.

"Kementerian sedang menjalankan analisis sampel produk tersebut dan sekiranya ia mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan, kami akan ambil tindakan," katanya.

Beliau berkata mana-mana pihak yang didapati menyedia, membungkus dan melabel makanan dengan cara palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983.
Tags / Kata Kunci: MERS , Subramaniam

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan