Hudud: Doktor Tidak Boleh Potong Tangan

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 8:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan tidak boleh memaksa doktor di negeri itu melakukan amputasi terhadap individu yang disabitkan kesalahan mencuri di bawah undang-undang hudud, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan.

Beliau berkata semua doktor tertakluk di bawah undang-undang persekutuan, justeru tidak perlu mematuhi undang-undang peringkat negeri.

"Semua pihak, terutama kerajaan Kelantan harus sedar bahawa semua hospital di Kelantan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, di bawah Kementerian Kesihatan.

"Mereka (kerajaan Kelantan) tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap mana-mana hospital atau klinik di Kelantan. Justeru, jika mereka arahkan doktor di Kelantan, arahan itu tidak sah," katanya dalam sidang media, di sini, Jumaat.

Amputasi merupakan prosedur pemotongan sebahagian anggota badan seperti kaki atau tangan dalam sesuatu pembedahan bagi tujuan perubatan.

Selain itu beliau turut mengingatkan pengamal perubatan bahawa pembabitan mereka dalam prosedur sedemikian dilarang menurut undang-undang sivil dan juga perubatan.

"Kami diajar mengambil berat, mempunyai empati, menyembuh dan mengasihi. Akan tetapi sekarang anda minta kami mendatangkan bahaya. Kami tidak akan terbabit dalam perkara ini yang bertentangan dengan amalan perubatan.

"Para doktor juga tahu jika mereka berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan dan lesen mereka untuk mengamalkan perubatan akan ditarik balik," katanya.

Malah katanya menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, seseorang doktor dianggap tidak beretika jika turut menyaksikan penjenayah disebat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Rabu dilapor berkata PAS berhasrat menggunakan pakar bedah berkelayakan bagi melakukan amputasi terhadap penjenayah yang disabitkan kesalahan jika hudud dilaksana di negeri itu.
Tags / Kata Kunci: Hudud , Amputasi , PAS

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan