Peserta Australia Juara Pidato Bahasa Melayu

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Peserta Australia, Bridget Johnson diumum juara pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2014.

Johnson, yang memilih tajuk 'Alam Sekitar Milik Kita', mengetepikan tujuh peserta lain bagi membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai serta sijil.

Hadiah disampaikan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Peserta China Chen Nan, yang memilih tajuk 'Uniknya Perayaan di Malaysia' diumum pemenang kedua manakala tempat ketiga dirangkul peserta Yaman Aiman Saleh Hasn Alammari dengan pidato bertajuk 'Malaysia Syurga Makanan'.

PABM 2014, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, disertai 80 pemidato dari 75 negara termasuk Rusia, Itali, Belanda, Jepun, Jerman, Gambia, Ghana, Arab Saudi, Afrika Selatan, Belgium, India, Jordan dan Kenya.
Tags / Kata Kunci: Pidato Antarabangsa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan