Adibah Amin Terima Anugerah Khas MPI

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 4:14 PM

Wartawan veteran, Khalidah Adibah Amin, 78, menunjukkan sijil dan replika cek berjumlah RM7,500 yang dimenanginya dalam Anugerah Khas Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2013 di rumahnya di Kuala Lumpur pada Sabtu. Khalidah atau lebih dikenali dengan nama Adibah Amin tidak dapat hadir ke majlis penyampaian hadiah di majlis malam anugerah MPI 2013 yang berlansung baru-baru ini kerana mengalami masalah kesihatan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wartawan serba boleh Adibah Amin hari ini menerima Anugerah Khas Kewartawanan Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2013, bagi menghargai jasanya dalam bidang penulisan.

Anugerah itu disampaikan Ketua Satu Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) Muharyani Othman di rumahnya di Damansara Jaya di sini. Turut hadir Setiausaha Pertama persatuan itu Cik Rashidah Abd Ghani.

Adibah, atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Amin, 78, mula menyertai The New Straits Times Press Sdn Bhd (NSTP) sebagai wartawan pada usia 35 tahun, selain aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang kewartawanan, beliau memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara, antaranya Asian Journalist of the Year pada 1979, Anugerah Penulisan SEA (1983), Anugerah Wartawan Cemerlang Negara (1996) dan Anugerah Kesusasteraan Johor (1996).

Selain wartawan, Adibah juga merupakan seorang ahli akademik, ahli bahasa, penulis bahasa Melayu serta bahasa Inggeris dan pelakon.

Antara filem lakonannya ialah Adik Manja pada 1980, Hati Bukan Kristal (1989) dan Mat Som (1990).

Watak Cikgu Bedah lakonannya dalam filem Adik Manja merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia Pertama 1980.

Sementara itu, Muharyani menyifatkan Adibah sebagai guru yang banyak mengajarnya kita mula menceburi bidang kewartawanan di NSTP.

"Kelas-kelas bahasa Inggeris dan Melayu kendalian beliau banyak mengajar wartawan-wartawan muda dalam bidang penulisan ketika itu," katanya yang juga penyunting kanan Meja Penyunting Bahasa Inggeris, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Pada 2007, Adibah diserang penyakit angin ahmar yang membataskan pergerakan dan percakapannya.

Menurut adiknya, Fadilah, 75, kakaknya kini hanya menghabiskan masa berehat dan menonton cerita kegemarannya.
Tags / Kata Kunci: Adibah Amin , Anugerah MPI-Petronas

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan